Jumat, 19 November 2010

SEKOLAH UNGGUNGAN NADHATUL ULAMA

Those who say they don't are simply gays.

Baru saja sebentar tadi erwan wibowo. telah terlibat dalam satu perselisihan faham yang tidak pun diniatkan untuk terjadi. erwan wibowo. telah menulis di facebook-wall adik beliau statement berikut: EVERYONE loves Pussy Jock. Those who say they don’t are simply gays. Saya beranggapan Pussy Jock itu barangkali ejaan gurauan sesetengah orang yang tidak begitu fancy dengan Percy Jackson. Sama macam Hairy Potty yang merujuk kepada The Boy Who Lived yang amat saya psikokan. No hard feelings secara jujurnya dari pihak saya. Saya percaya, kita semua punyai pandangan berbeza.

Manalah saya tahu, ada pula insan yang terasa dengan statement tersebut. Mungkin beliau menganggap saya menuduhnya gay. Saya pula tidak langsung beranggapan demikian. Statement tersebut general, umum, bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik. Lainlah kalau saya terus sebut nama beliau, ‘erwan wibowo (bukan nama sebenar), filem ni bukan untuk tontonan makhluk gay seperti engkau, tak perlulah engkau cuba mencarut pussy segala – menjijikkan saja!’ Seingat saya tidak pula saya berkata demikian. Malah tidak pula saya terfikir untuk menulis demikian sebentar tadi. Statement merah itu baru saja terfikirkan tadi – itupun untuk dijadikan sebagai contoh saja.

Setelah itu beliau menyatakan ingin pergi sambung study – saya mengiakan saja dan menambah akan perlunya beliau belajar lebih dari itu. Malangnya statement yang itu juga sudah disalah erti – sangkanya saya mahu menghinanya pula. Aduh. Pening seketika. Saya ini kalau mahu menghina orang mesti berniat terlebih dahulu – setelah berjaya barulah saya akan berpuas hati. Tapi untuk kes kali ini, langsung tak terniatkan saya mahu mengutuk sesiapa, lalu saya pun berasa risaulah dengan penerimaan beliau yang amat negatif itu. Kata beliau saya ini telah take it personally gurauannya dengan adik saya, malah saya dituduh telah menerjah sesuka hati sedangkan tak tahu cerita. Buat apalah saya nak take it personally, bukan filem saya pun. Bukan buku tulisan saya pun. Dan bila pula saya terjah sesiapa? Ada sesiapa berbuat maksiatkah di wall adik saya sehingga perlu diterjah secara virtual pula? Beliau yang tersinggung dengan statement umum saya – saya pula dituduh take it personally?

Hairan saya seketika – saya tahu beliau cuma bergurau dengan adik saya. Tentulah statement saya berkaitan gay pun bukan ditujukan kepada beliau. Saya tidak kenal beliau pun, untuk apa saya hendak membuat pasal pula? Macam saya kata tadi, statement tersebut general saja, tiada siapa perlu terasa. Kalau saya mahu kutuk sesiapa, saya tidak akan bertindak pengecut sedemikian rupa – menconteng arang ke wall adik saya. Saya akan terus mengeji di wall orang tersebut atau melancarkan serangan bertulis di Ginny untuk tontonan semua. Ini boleh diakui sendiri oleh adik saya. Fina - sila testify.

Saya dipanggil shallow, disuruh grow up kerana tak faham konsep semua orang ada opinion masing-masing (yang ini buat saya tersenyum sebab teringatkan post INI dan betapa tak relevannya tanggapan beliau tentang saya dan opinion) dan dirujuk pula sebagai insan yang mempunyai huruf L besar di dahi. Saya berfikir, tidak apalah – beliau tidak mengenali saya. Mungkin statement saya terlalu kejam untuk beliau terima. Tapi saya fikir ini saja – apa masalahnya bila kita disuruh belajar lebih? Saya kerap saja disuruh demikian, ‘Nani, pi belajar lebih lagi macam mana nak ajar writing. Hang tu cikgu baru.’ Tidak pula saya tersinggung. Ya. Apa masalahnya? Mengapa perlu berasa statement saya, ‘You really need to learn MORE than just research methodology’ itu rude pula?

Saya cuba mendamaikan keadaan – kata saya, retort-retort kamu yang rude itu saya sudah forgive. Malangnya beliau telah pun menganggap semua statement saya sebelum itu yang sebenarnya biadab dan saya tidak perlu memaafkannya. Katanya beliau tidak rude, tapi jika ada yang mencari pasal memang selayaknyalah orang itu menerima cynical remarks daripada beliau. Tercari-cari juga saya di manakah cynical remarks yang dimaksudkan itu. Tak ketemu pula. Mungkin ini kerana saya cuma terasa ditegur secara sinis ataupun tidak bila saya sengaja berbuat onar di mana-mana. Patutlah tidak berjumpa – in the first place pun memang saya tidak mencari pasal dengannya. Tiba-tiba kata beliau lagi kami berdua perlu memohon maaf kepada Tuhan. Terus saya tak faham apa yang berlaku.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, saya cuba menghantar mesej kepada beliau untuk menjelaskan kedudukan sebenar – yang saya langsung tak berniat untuk membuat beliau terasa hati. Tidak boleh pula kerana mesej saya telah pun di-block oleh beliau. Tak mengapalah. Mungkin bukan rezeki saya untuk memohon maaf di atas salah faham yang tidak terniatkan itu. Mungkin satu hari nanti saya akan berpeluang menjelaskan kepadanya. Mungkin. Jika ada kesudian dari pihak beliau one day.

Dalam peristiwa kali ini, saya belajar satu perkara – kadangkala kata-kata kita yang tidak terkandung apa kekejian pun boleh menyinggung perasaan orang. Oleh itu kita mesti menyiasat dahulu siapa orang-orang yang mungkin akan terasa dengan bicara kita sebelum berkata apa-apa. Dan saya juga belajar satu moral value lain – yang hanya akan dikongsi dengan orang-orang kepercayaan sahaja.

Huh. Sedikit lega bila tertulis semua. Kamu semua pernah ketimpaan kejadian sebegini?

Tidak ada komentar: